1.FITRAH MANUSIA MEMERLUKAN AGAMA
Sudah
menjadi lumrah kehidupan manusia bergantung harap kepada yang lebih berkuasa.
Semua manusia mempunyai keyakinan di dalam hati adanya kuasa yang lebih hebat
daripada dirinya yang menjadi tempat pergantungan.
Apa jua agama di dunia ini
percaya wujudnya tuhan melainkan golongan atheis atau mulhid iaitu satu kumpulan yang kononnya tidak
mempercayai wujudnya tuhan. Namun sebenarnya walaupun mereka menyangkal adanya
tuhan tetapi hati mereka tetap menerima adanya satu kuasa yang lebih hebat
daripada dirinya yang menjadi tempat bergantung dan meminta tolong.
Inilah yang dikatakan
sebagai fitrah. Perkataan fitrah yang mengikut kefahaman tauhid adalah agama
Allah iaitu agama yang Allah ciptakan kepada manusia untuk mencari kebenaran
yang hakiki sebagaimana firman Allah taala:
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama
Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut
fitrah itu. tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus;
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Perkataan fitrah Allah di dalam ayat di atas membawa maksud
ciptaan Allah. Manusia diciptakan Allah mempunyai naluri beragama iaitu agama
tauhid. kalau ada manusia tidak beragama tauhid, Maka hal itu tidaklah wajar,
mereka tidak beragama tauhid itu hanyalah lantaran pengaruh masyarakat
sekeliling.
Manusia merupakan makhluk Allah yang
paling istimewa yang dikurniakan akal fikiran yang dapat membezakan dan
memahami sesuatu tetapi masih lemah untuk memikirkan tentang kejadiannya. Oleh
kerana itu manusia memerlukan wahyu Allah untuk mendorong mereka ke arah jalan
kebenaran. Tidak mencukupi bagi manusia dengan
hanya menggunakan akal untuk membezakan di antara kebaikan dan keburukan
menurut fitrah insaniah bahkan di sana terdapat perkara-perkara as-sam’iyyat
(ghaib) yang hanya dapat diketahui oleh manusia
melalui wahyu dan syarak. Perkara-perkara ini melibatkan beriman kepada
Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna, beriman kepada
malaikat, kita-kitab, para-para rasul, hari kebangkitan, ketentuan dan takdir
dari Allah serta kematian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan