Alhamdulillah muslimin muslimah dengan keizinan Allah Taala insya Allah kita dipertemukan untuk saling memahami apa yang sepatutnya diamalkan dan dilaksanakan di dalam Islam bersandarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Topik yang cuba ustaz bincangkan pada hari ini adalah melibatkan fahaman kebanyakan masyarakat melayu tentang surah yasin yang ada pro dan kontranya. Bila nak menghadapi peperiksaan baca yasin.. Majlis Yasin dilakukan hampir saban malam. Bila Program Pembangunan Insan je terus baca yasin....
Adakah salah perbuatan tersebut...? Adapula yang mengatakan : alah...sekurang-kurangnya bacalah juga..kalau tak baca terus lagi teruk...
Muslimin muslimah yang dirahmati Allah sekalian. Indahnya Islam ini semua perkara yang dilakukan pasti akan mendapat ganjaran Allah apabila diniatkan ibadah dan mengikuti ajaran Rasulullah SAW. tetapi... bagaimana pula sesuatu amalan yang kita buat dalam keadaan zalim..maksud ustaz kita meletakkan sesuatu perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan..adakah itu beroleh kebaikan? contoh yang paling jelas ialah kita memfitnah Rasulullah SAW di dalam amalan kita...
Apakah boleh sekadar melakukan yang sunat tetapi wajibnya ditinggalkan...Contoh yang paling jelas berlaku pada hari ini. Bacaan Yasin untuk menghadapi peperiksaan semua masyarakat melakukan bila diadakan program seperti ini tetapi solat waktu tak pernah tunaikan ataupun ditunaikan tetapi tak pernah cukup lima waktu. Contoh kedua bila dibuat majlis yasin dan tahlil, berebut-rebut ambil giliran nak diadakan dan yang datang pula penuh meraikan lebih-lebih lagi dengan makanan yang enak tetapi bila solat berjemaah yan mana kata sebahagian besar ulamak mengatakan wajib bagi lelaki...ramai mana yang hadir? Alasan yang ditimbulkan berbagai-bagai..penatlah balik kerja lambatlah. Bila majlis yasin dan tahlil tak pernah pula dengar alasan sebegini. Jawapan yang selalu kita dengar..kita kena bermasyarakat, jaga hubungan dan persaudaraan tetapi hubungan dengan Allah yang lebih utama kenapa tidak dijaga? Tanda keimanan dan kecintaan terhadap RAsulullah SAW kenapa tidak diutamakan?
Muslimin dan muslimah sekalian.. Tidak salah untuk
membaca surah yasin pada bila-bila masa ataupun dibaca pada malam dan hari
Jumaat, Cuma yang perlu dipelihara adalah iktikad kita iaitu diniatkan
membacanya adalah membaca Al-Quran kerana surah Yasin salah satu daripada
surah-surah yang terdapat di dalamAl-Quran. Janganlah sekali-kali kita membaca
pada waktu-waktu tertentu kerana bersandarkan kepada perbuatan Rasulullah SAW
kerana iktikad yang sedemikian menjadikan kita zalim kerana telah menfitnah Rasulullah
SAW.
Disini ustaz akan menerangkan beberapa martabat hadis
yang masyhur dipertengahkan oleh sesetengah masyarakat sebagai hujjah dalil
yang didakwa datangnya daripada Rasulullah SAW antaranya ialah:
1.
Bahawasanya
bagi tiap-tiap sesuatu itu hati dan hati Al-Quran itu Yasin. Barangsiapa
membaca Yasin sekali, nescaya dicatatkan Allah Taala baginya seperti membaca
Al-Quran sepuluh kali ( Hadis ini riwayat Tirmizi dari jalan Ibnu Abdil Rahman
secara gharib (pelik) dan disana terdapat perawi yang langsung tidak dikenali
oleh semua ulamak hadis yang bernama Harun. Oleh sebab itu ulamak hadis
bersepakat mengatakan hadis ini martabatnya maudu’ (rekaan manusia)
2.
Barangsiapa
membaca Yasin kerana Allah nescaya akan diampunkan dosanya yang dahulu dan akan
datang maka bacalah olehmu kepada orang yang meninggal (diriwayatkan oleh Imam
al-Baihaqi drp Ma’qil b. Yasar dan kata ulamak hadis ini martabatnya dhaif)
3.
Barangsiapa
membaca Yasin nescaya diampunkan dosanya dan barangsiapa membacanya dalam
keadaan lapar pasti akan kenyang, barangsiapa yang membaca dalam keadaan
terseseat nescaya akan dapat petunjuk, barangsiapa yang membacanya dalam
keadaan mencari sesuatu yang hilang nescaya akan dijumpai, barangsiapa membaca
dalam keadaan bimbang makanan tidak mencukupi nescaya akan cukup, barangsiapa
yang membacanya kepada orang yang nazak pasti akan dimudahkan urusan
kematiannya, barangsiapa membacanya kepada orang yang susah untuk bersalin
nescaya dipermudahkan, barangsiapa membacanya sekali seolah-olah khatam
Al-Quran sebanyak sebelas kali, dan bagi tiap-tiap sesuatu itu hati dan hati
Al-Quran itu Yasin (Kata Sheikh al-Iraqi salah seorang ulamak yang banyak
mentahqiq hadis bahawa tidak pernah dijumpai hadis ini pada mana-mana kitab
hadis atau dengan kata lain bukan hadis.
4.
Hadis tentang
Yasin dibaca di kuburan pasti akan diampun dosa penghuninya (ibu dan bapa
(hadis ini maudu’)
5.
Siapa membaca
Yasin pada waktu malam maka keesokkannya akan diampunkan segala dosa (hadis
maudu’)
6.
Barangsiapa
yang menulis suah yasin dipinggan kemudian disapu dengan air dan diminum
nescaya memperolehi seribu cahaya, seribu keberkatan..(hadis maudu’)
7.
Hadis tentang
turunnya malaikat mengikut huruf dalam bacaan yasin (hadis maudu’)
8.
Hadis tentang
bacaan Yasin pada setiapa malam jumaat diampunkan dosa (sangat dhaif di dalam
kitab targhib wa tarhib)
Jadi tiadalah menjadi kesalahan membaca yasin pada
malam jumaat atau pada mana-mana waktu atau pada tempat tertentu tetapi
janganlah sekali-kali iktikad kita kerana mengharapkan fadhilat yang didakwa
datangnya daripa Rasulullah SAW tetapi bacalah kerana surah ini merupakan surah
yang terdapat di dalam Al-Quran
Wallahua’lam